Elemen Residences

Kepada:
YB Tuan Ahmad Fahmi Bin Mohamed Fadzil
Menteri Komunikasi dan Digital
Emel: fahmi@komunikasi.gov.my

YB Puan Teo Nie Ching
Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital
Emel: teonieching@komunikasi.gov.my

Datuk Mohd Ali Hanafiah Mohd Yunus
Pengarah Urusan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)

Perkara: Permohonan Bantuan untuk Isu Telekomunikasi di Tropicana Aman Elemen Residences

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

Kami, penduduk Tropicana Aman Elemen Residences, dengan ini ingin memaklumkan kepada YB Menteri dan pihak MCMC mengenai isu liputan telekomunikasi yang kurang memuaskan di kawasan perumahan kami yang telah berlarutan sejak projek ini selesai. Lokasi ini merangkumi lapan jalan utama iaitu Jalan Aman Elemen 1 hingga Jalan Aman Elemen 8 dengan jumlah keseluruhan 233 buah rumah.

Untuk makluman, tanah kawasan ini telah kosong tanpa rumah pada Oktober 2021 dan siap dibangunkan sepenuhnya pada Oktober 2023. Sejak penghuni mula menduduki rumah-rumah ini, terdapat banyak aduan yang telah dikemukakan kepada MCMC mengenai masalah liputan, termasuk aduan berikut:

Rujukan MCMC: TC240322-00008 Tarikh: 22-Mar-2024 | 08:32 AM
Rujukan MCMC: TC240821-00046 Tarikh: 21-Aug-2024 | 03:29 PM
Rujukan MCMC: TC240821-00049 Tarikh: 21-Aug-2024 | 03:41 PM
Rujukan MCMC: TC240821-00046 Tarikh: 21-Aug-2024 | 03:29 PM

Aduan-aduan ini masih belum mendapat penyelesaian yang memuaskan, dan kami amat berharap agar pihak MCMC dapat melakukan penilaian serta tindakan susulan bagi meningkatkan kualiti liputan di kawasan kami setelah projek perumahan ini siap dibina.

Besar harapan kami agar YB Menteri, YB Timbalan Menteri, dan pihak MCMC dapat memberikan perhatian yang sewajarnya terhadap isu ini demi kesejahteraan penduduk di Tropicana Aman Elemen Residences.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

Tropicana Aman Elemen Residences

Sign Here
Scroll to Top